Rangka Kerja “Entry Bersebab” Untuk Pemula

Ditulis oleh SStrader Academy • Dikemas kini: 1 Mac 2025 • Bacaan 8 min

Peringatan: Artikel ini bersifat pendidikan. Tiada nasihat kewangan individu, tiada jaminan pulangan. Fokus kita ialah proses, disiplin dan pengurusan risiko.

1) Kenapa “Entry Bersebab” penting

Ramai pemula “klik beli/jual” kerana rasa atau FOMO. Entry bersebab memaksa anda untuk ada struktur: kenal konteks pasaran, lokasi masuk, pengesahan, dan risiko yang jelas. Tujuan kita bukan “betul setiap kali”, tetapi konsisten ikut proses.

2) Kerangka 4 Langkah

Langkah 1 — Kenal Struktur

  • Tentukan trend & “market condition” (naik, turun, atau sideway berjarak).
  • Kenal zon minat (support/resistance yang jelas, area reaksi berulang).
  • Letak rancangan awal: “Jika harga datang ke zon X, saya cari sebab untuk masuk.”

Langkah 2 — Rancang Lokasi

Lokasi yang baik lebih penting daripada “signal cantik”. Lokasi = tempat yang meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi R:R (risk:reward).

Langkah 3 — Tunggu Pengesahan

  • Contoh pengesahan: kelemahan lawan (candle rejection), pecahan kecil yang sah, atau “dominant candle” ke arah rencana.
  • Masuk hanya bila sebab wujud — bukan kerana “rasa macam nak gerak”.

Langkah 4 — Risiko & Pelan Keluar

Tetapkan saiz posisi berdasarkan nilai RM yang anda sanggup rugi (cth: 0.5%–1% ekuiti). Rancang juga lokasi keluar: di mana salah (cut) dan di mana ambil untung (TP bertahap).

3) Contoh Templat Jurnal Ringkas

Tarikh & Masa: __________________________
Instrumen/TF: ___________________________
Kondisi Pasaran: (naik/turun/sideway) ____ Sebab: ____________________________

Zon Minat: _____________________________  Kenapa zon ini? _____________________
Pengesahan: ____________________________  Bentuk (rejection/pecah/struktur) ___

R:R Dirancang: ________  Risiko (RM/%): ________  Saiz Posisi: ________________

Pelan Keluar:
- Salah bila: __________________________ (Stop)
- Ambil Untung: Tahap 1: ___ Tahap 2: ___  (Optional Trailing?)

Hasil:
- Keputusan: (Menang/Kalah/BE)
- Apa yang betul? ___________________________________________
- Apa perlu diperbaiki? ______________________________________
        

4) Kesilapan Lazim Pemula

5) FAQ Ringkas

Berapa banyak setup perlu diambil?

Kurang tetapi berkualiti. 1–3 setup terbaik lebih bernilai daripada 10 yang rawak.

Perlu indikator kompleks?

Tidak wajib. Fokuskan pada struktur, lokasi, pengesahan, dan risiko. Alat hanyalah sokongan.


Mahukan bimbingan berstruktur? Sertai kelas di HQ Taiping (penginapan disediakan). Hubungi Cikgu Heri: +60 13-254 1233.

Teruskan Membaca